Program MADANI Rakyat Negeri Perak 2026

6 April 2026 | Aktiviti Terkini

Program MADANI Rakyat Negeri Perak 2026 telah berlangsung dengan jayanya selama tiga hari pada minggu lalu, menyaksikan sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai. Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) turut mengambil bahagian dengan membuka reruai khas yang menjadi antara tumpuan utama pengunjung sepanjang program berlangsung.

Reruai NADI, di bawah kendalian MCMC, menawarkan pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat kepada semua lapisan masyarakat. Antara pengisian yang disediakan termasuk pendaftaran keahlian NADI, pertandingan e-Sukan, DILEA Tuisyen Rakyat, program Mahir Baiki Gajet, bimbingan robotik dan koding, jualan usahawan NADI, saringan kesihatan percuma serta kempen Internet Selamat.

Kesemua aktiviti ini dihimpunkan di satu lokasi, menjadikannya destinasi sehenti yang sesuai untuk semua peringkat umur menikmati pelbagai manfaat yang disediakan. Komitmen tinggi turut ditunjukkan oleh petugas NADI dari seluruh daerah di Negeri Perak yang bersama-sama turun padang sebagai urus setia, memastikan kelancaran setiap aktiviti di reruai NADI sepanjang program berlangsung.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pengunjung yang hadir memeriahkan Program MADANI Rakyat serta reruai NADI. Kehadiran yang luar biasa dan suasana yang meriah jelas mencerminkan sokongan padu masyarakat terhadap inisiatif yang dijalankan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali